
Sulit
4 tahun
Panik yang mnyebabkan sakit
Hi,saya ad soalan. Stiap kali sya panik atau terlalu risau.Jantung saya akan berdegup sangat laju dan saya akan rasa sakit kepala di sebelah kanan.
Selain itu,ia menyebabkan saya tidak dapat tidur & tidak ada selera untuk makan.Adakah ini berbahaya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi. Berdasarkan kenyataan anda, berikut merupakan beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian:
- Masalah psikiatri: Panik, gelisah (anxiety) atau kemurungan (depression)
- Radang selaput dada atau tulang rusuk (costochondritis)
- Hipertiroid
- Sakit jantung
- Migrain
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Ini hanyalah pandangan kami secara umum dan pemeriksaan lanjut oleh doktor haruslah dibuat untuk mengetahui punca sebenar dan supaya rawatan dapat diberikan kepada anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor kerana anda menyatakan ia mengganggu tidur dan selera anda kerana kami bimbang ia berpunca daripada sebab yang mungkin lebih teruk daripada apa yang kami sebutkan di atas.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk sesi konsultasi secara peribadi di atas talian bersama dengan doktor kami yang bertauliah. Terima kasih.