aneesdybaa123
4 tahun
Pantang Larang Selepas Mengambil Vaksin Sinovac
Hi doctor, saya baru sahaja menerima suntikan vaccine pertama sinovac. Setakat ni saya mengalami sakit kepala, pening, lengan rasa kebas dan lemah. Ada tak pantang larang dan tips selepas menerima vaksin ?
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, menurut pakar, anda tidak patut mengambil ubat tahan sakit sebaik sahaja selepas mendapat suntikan vaksin COVID-19 kerana ia boleh menyebabkan kadar efektif vaksin berkurang. Pastikan anda sentiasa minum air kerana dehidrasi boleh menyebabkan pening kepala dan sembelit.
Selain itu, anda disarankan juga untuk terus memantau kesihatan anda dan mengambil langkah berjaga-jaga yang disarankan. Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di Klik di sini untuk bercakap dengan doktor secara peribadi. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























