
Sulit
3 tahun
Pantang larang selepas vaksin
Hai Dr. Blh kah sy makan telur ayam selepas di vaksin?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Menurut soalan yang diberikan, anda ingin mengetahui sekiranya anda boleh memakan telur selepas mendapat vaksin. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya tidak ada pantang larang yang khusus atau makanan yang tidak boleh dimakan setelah seseorang mendapatkan suntikan vaksin.
Namun begitu, individu yang telah divaksin tetap perlu memakai pelitup muka, menjaga jarak sosial serta mematuhi langkah-langkah SOP yang lain.
Mereka juga perlu melapor ke pusat perubatan atau menghubungi talian 999 dengan kadar segera sekiranya terdapat tanda-tanda kesan sampingan vaksin yang serius, seperti gejala alahan berat, sesak nafas dan demam tinggi.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini