
Sulit
3 tahun
Parasit bahaya atau tidak
Hi sya perempuan berumur 22 tahun dan nak bertanya adakah parasit itu merbahya? Semalam ada baca satu artikel pasal parasit ni dan ada satu gambar tu dia tnjukkan isi lebihan yg timbul di kulit kita dan dia kata tu adalah salah satu tanda parasit. Sya mempunyai isi lebihan dikulit sama seperti di dalam gambar, adakah sya mempunyai parasit? Sya juga ada baca tanda2 lain parasit dan ada diantaranya sama dgn situasi sya. Cth selalu sakit2 perut, sakit kepala, kadang2 cirit birit, kadang2 sembelit dan kadang2 xmembuang langsung. Dan disitu mereka ada suggestkan utk pesakit parasit ni ambil ubat max detox. Boleh dr terangkan sedikit mengenai parasit ni dan tanda2 dia, dan apa yg perlu sya buat? Patut check di klinik ataupun ambil ubat max detox. Trima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, sekiranya anda terjangkit oleh parasita, anda akan mengalami gejala berikut, contohnya:
- Sakit perut
- Loya dan muntah
- Cirit-birit atau sembelit
- Penurunan berat badan
- Kelesuan
- Kegatalan dan ruam pada kulit terjangkit
- Sukar tidur
- Sakit otot dan sendi
- Sakit kepala atau pening
Gejalanya berdasarkan tempat jangkitan dan jenis parasita berkaitan. Sekiranya anda mengalami mana-mana gejala berjangka panjang, sila merujuk kepada doktor dengan lanjut sebelum ambil sebarang ubat.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Gastroenterologi.