Sulit
2 tahun
Parut hitam di atas bibir kesan dari kekerapan bercukur
Saya berumur 33 tahun mengalami masalah parut hitam disekitar atas bibir berpunca dari kekerapan mencabut/mencukur misai halus. Apakah rawatan/produk yang membolehkan kulit saya kembali asal, memandangkan kos rawatan laser sangat mahal.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu parut hitam di atas bibir.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Terdapat beberapa perkara yang anda boleh gunakan untuk hilangkan parut hitam di atas bibir anda:
- Eksfoliate kawasan mulut anda
- Krim pencerah kulit yang boleh didapati di farmasi dan kemudian anda sapukan disekeliling bibir anda
- Rawatan laser
Bagi mengetahui punca masalah kesihatan anda, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.