Sulit
2 tahun
Parut pembedahan timbul
Hello Doc. Sy seorang wanita & telah menjalani pembedahan breast lump pada beberapa bulan yg lalu. Utk pengetahuan, parut tersebut sebelum ini telah luka (berdarah) & beransur pulih selepas meletak minyak gamat & krim antibiotik. Tetapi Sejak 2 3 hari ini, saya perasan parut pembedahan tersebut seperti timbul. Apakah blh mendatangkan bahaya sekiranya parut yg kelihatan timbul seperti mempunyai air didalamnya digaru sehingga berdarah ?
Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hello. Terima kasih kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang parut pembedahan yang timbul. Kami di sini akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, apabila terdapat luka pada kulit, tisu “fibrous” atau tisu parut terbentuk di atas luka yang timbul untuk membaiki dan melindungi kawasan yang mengalami kecederaan. Dalam sesetengah kes, tisu parut tumbuh secara berlebihan sekaligus membentuk permukaan parut yang licin dan keras yang juga dikenali sebagai keloid.
Akan tetapi, gejala sedemikian boleh menyebabkan masalah yang memerlukan pemerhatian doktor seperti:
- ketidakselesaan atau kerengsaan jika tergeser pada pakaian atau sebarang permukaan kasar.
- parut di bahagian sendi yang boleh menyekat pergerakan anda.
Anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat atau penerangan berkenaan rawatan menghilangkan parut.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih