
syamas017
2 tahun
Patah tulang rusuk ke8 sebelah kiri
Saya mengalami patah tulang rusuk sebelah kiri akibat terjatuh dan telah mendapatkan rawatan di hospital. Sehingga kini (9 hari) , rasa nyeri & sakit masih lg dirasai terutama ketika hendak terbatuk,tersedu dan bersin, selain rasa sesak ketika hendak berbaring@ tidur.
Apakah simptom ini normal dan berapa lama masa untuk pulih sepenuhnya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Secara amnya, pemulihan patah tulang tergantung kepada keterukan fraktur dan seberapa baik seseorang mengikuti cadangan doktor mereka. Tulang boleh mengambil masa antara minggu hingga beberapa bulan untuk menyembuhkan. Simtom seperti sakit dan nyeri adalah sering bagi orang yang mengalami patah tulang.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.