
Sulit
4 tahun
Payudara kanak2 8 tahun bengkak & keras
Hai doc… nak tanya… anak saya perempuan 8 tahun… payudara sebelah kiri bengkak & keras… sakit bila ditekan… sebelah kanan normal… kenapa ye? Serius ke?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini.
Untuk makluman anda, sakit payudara sering berlaku kepada wanita. Ia mungkin disebabkan oleh perkara serius ataupun tidak. Saya tidak boleh menyimpulkan keadaan anda tanpa pemeriksaan fizikal dilakukan. Di sini saya kongsikan sebab yang biasa berlakunya sakit payudara, antaranya:
- Ketidakseimbangan hormon
- Penggunaan pil perancang atau kontraseptif
- Penyakit sista ovari (PCOS)
- Kedatangan haid (Cyclical breast prain)
- Jangkitan kuman pada tisu payu dara
- Penyakit keradangan payu dara ( Mastitis )
- Sista payu dara
- Kanser payu dara
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Sila berjumpa dengan Doktor sekiranya anda mengalami gejalan berikut:
- Sakit yang berpanjangan
- Keluar lendir atau nanah
- Keluar darah daripada puting
- Perubahan warna pada payudara
- Terdapat benjolan
Saya menasihatkan anda bawa anak anda ke klinik atau hospital bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut terhadap payu dara bengkak anak anda. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anak anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.