
rohaizahadam95
6 tahun
Payudara keluar darah
Hai nak tanya, akak saya umur 42 belum berkahwin. Baru ni, dia mendapati payudara sebelah kanan dia keluar darah… Pada awal nya sikit… Sekarang makin kerap… Hal ni semakin membimbangkan kerana, jika akak saya buat kerja berat, darah akan keluar lagi banyak di puting. Keluarga kami ada sejarah kanser payudara. Adik mak & anak sedara mak. Boleh bagi penjelasan tak. Sebab pergi kecemasan pon die taktau nak kata apa… Kene ikut prosedur… Sedengkan keadaan payudara dia makin teruk.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Punca pengeluaran darah dari puting boleh disebabkan oleh beberapa penyakit seperti
- Papiloma
- Trauma
- Kanser payudara
Memandangkan kakak anda mempunyai sejarah kanser payu dara dalam keluarga yang sangat ketara, beliau disarankan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin supaya pemeriksaan dan ujian yang sesuai dapat dijalankan
Anda rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!