
Sulit
3 tahun
Payudara Kiri Berasa Sengal dan Sakit
Assalamualaikum dan Hello Dr,
Saya berumur 26 tahun dan berasal dari Johor bahru, Saya sering berasa sakit dan tidak selesa pada kiri payudara sebelah kiri. Pada mulanya terdapat ketulan di ketiak dan sekarang telah hilang. kalau ikutkan kitaran haid saya akan datang dalam masa 11 hari dari sekarang. Adakah sakit di payudara akibat dri period yang akan datang atau sebaliknya? Saya juga selalu memeriksa sendiri payudara saya, kiri dan kanan keadaan payudara saya adalah sama dan tidak mengeras. Tq in advance Dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham bahawa masalah ini adalah amat merunsingkan. Berdasarkan keterangan anda, masalah kesengalan payu dara yang anda hadapi bleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antara punca fisiologi untuk masalah anda adalah:
Menstruasi (sindrom pramenstrual (PMS) atau gejala sebelum menstruasi )
Agak umum dalam kalangan wanita di mana kebanyakan mereka akan berdepan sakit payudara kerana perubahan hormon sewaktu menstruasi contohnya hormon estrogen, progresteron. Pengurangan hormone tersebut semasa PMS akan menyebabkan golongan wanita kerap rasa sakit di bahagian payudara.Kesakitan otot pectoral disebabkan tertarik/ aktiviti lasak.
Otot Pectoral berada tepat di bawah payudara dan kesakitan akibat senaman tertentu bersifat sementara. Kesakitan itu berlaku bergantung kerana tahap tenaga dan tekanan yang digunakan.
Oleh itu sila rujuk perkara ini lebih lanjut dengan doktor kami secara atas talian bagi mengenal pasti punca masalah serta mendapatkan penerangan yang diperlukan mengenai masalah anda.
Kami berharap ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.