
ermajefri06
5 tahun
Payudara kiri budak 9 tahun bengkak
Saya ada anak perempuan berumur 9 tahun…dia ada mengadu payudara kirinya sedikit bengkak…dan bila ditekan akan berasa sakit… payudara kanan normal sekata… adakah normal doktor…? terima kasih…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Ada pelbagai sebab yang berbeza mengapa benjolan atau bengkak payudara terjadi. Kebanyakan benjolan atau bengkak ini bukan kanser dan tidak menimbulkan sebarang risiko.
Antara penyebabnya termasuk :
- Jangkitan
- Trauma
- Fibroadenoma
- Sista (pengumpulan cecair)
- Nekrosis lemak
- Payudara fibrocystic
Saya nasihatkan puan untuk membawa anak puan untuk pemeriksaan selanjutnya supaya kesimpulan tentang penyakitnya dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.