
Sulit
5 tahun
Payudara kiri sakit dan keluar cecair di kedua belah bila dipicit
Sayawanita berusia40 tahun. Sejak januari lalu saya sering sakit di bahagian payudara kiri. Hanya sesekali kesakita itu hilang. Saya telah berjumpa doktor dan doktor mengesahkan tiada ketulan, mungkin kesakitan di bahagian otot sahaja. 3 hari lepas saya dapati kedua2 payudara saya mengeluarkan cecair seperi susu apabila dipicit. Saya sangat risau. Saya sudah tidak menyusukan anak lebih 6 tahun.
Mohon penerangan doktor

5 tahun
Selamat sejahera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham akan kebimbangan yang anda alami. Untuk maklumat anda, terdapat pelbagai sebab kepada masalah payudara sakit. Antaranya ialah:
Pembengkakan payudara akibat:
Terlalu banyak susu ibu
Saluran susu ibu yang tersumbat
Jangkitan pada saluran payudara (mastitis)
Sakit akibat kulit atau otot dada tercedera
Payudara juga menjadi lebih sensitif dan sakit apabila hampir datang haid atau pada peringkat awal kehamilan
Mastalgia (noncyclical)
Costochondritis - iaitu akibat keradangan tulang rusuk
Mastitis - iaitu keradangan payudara
Inflammatory breast cancer
Breast abscess - iaitu pembentukan nanah dalam payudara
Anda boleh mengamalkan langkah-langkah berikut untuk mengurangkan gejala yang anda alami:
Kurangkan stress
Menggunakan bra yang sesuai dan memberikan sokongan yang baik
Mengamalkan diet yang seimbang
Mengelakkan atau mengurangkan pengambilan kafein (seperti kopi dan teh)
Menurunkan berat badan kepada kadar normal (sekiranya anda obese)
Mengambil painkiller
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor… Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.