Anonymous
6 tahun
Payudara kiri sakit
Hai doc, umur sy 22 thun . Sy ibu yg mnyusukan seorang anak berumur setahun sebulan . Sekarang ni payudara sbelah kiri sakit . Bile saya sentuh benda nye keras dan rasa sakit bengkak . Sebelum ni pon saya pernah kena sakit macam ni dalam 2-3hari . Lepastu dah hilang . Ni sakit nye datang balik . Masa hari pertama kena saya demam skjp . Ni hari kedua saya dah tak demam . Tapi payudara masih sakit . Saya nk tau adakah sakit saya ni serius ? Dan apa yg perlu saya buat utk hilangkan sakit ni . Trime ksih .
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Sakit payudara boleh disebabkan oleh:
- Terlalu banyak susu ibu
- Saluran susu ibu yang tersumbat
- Jangkitan pada saluran payudara (mastitis)
- Sakit akibat kulit atau otot dada tercedera
- Payudara juga menjadi lebih sensitif dan sakit apabila hampir datang haid atau pada peringkat awal kehamilan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Memandangkan puan telah pun mengalami hal ini sebelum ini, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan untuk mengetahui adakah ini penyakit yang sama seperti sebelumnya.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
































