
Sulit
4 tahun
Payudara mencucuk cucuk
Hi doktor, saya umur 29tahun dan sedang berpantang ank no 3, sy full breastfeed tapi sejak beberapa hari susu saya tak pekat dan makin sedikit. Tapi saya kerap demam sebabkan bahagian keliling dan terasa seperi mencucuk2 dekat bahagian payudara. Boleh doktor tahu selalu terjadi macam nie sebabkan apa ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami dan atas soalan yang ditanya.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit payudara ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, seperti:
- Pembengkakan payudara akibat:
- Terlalu banyak susu ibu
- Saluran susu ibu yang tersumbat
- Jangkitan pada saluran payudara (mastitis)
- Sakit akibat kulit atau otot dada tercedera
- Payudara juga menjadi lebih sensitif dan sakit apabila hampir datang haid atau pada peringkat awal kehamilan
- Mastalgia (noncyclical)
- Costochondritis iaitu akibat keradangan tulang rusuk
- Mastitis iaitu keradangan payudara
- Inflammatory breast cancer
- Breast abscess iaitu pembentukan nanah dalam payudara
Kanser payudara selalunya akan berlaku simptom-simptom seperti permukaan payudara tertarik, keluar darah dari puting payudara, perubahan warna pada payudara dan benjolan. Denyut-denyut di payudara memerlukan pemeriksaan lebih teliti dan menyeluruh oleh doktor.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Tambahan lagi, anak bayi sangat digalakkan untuk mendapat susu ibu sehingga umur 6 bulan, ini adalah kerana khasiat yang terkandung di dalam susu ibu tidak dapat dibandingkan dengan zat-zat dari mana-mana susu tepung.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.