
Sulit
3 tahun
Payudara mengelupas dan keluar cecair
saya berumur 26 tahun,sejak kebelakangan ni payudara sebelah kiri sy kerap mengelupas dan kadang2 apabila saya picit akan keluar cecair seperti nanah.sejak anak saya berhenti menyusu badan 7 bulan lepas,mmg susu badan ada keluar sedikit apabila dipicit.tetapi berbeza dgn payudara sebelah kanan yg lama kelamaan mengelupas,terluka apabila dikopek dan keluarkan cecair sperti nanah apabila dipicit.boleh doktor tolong jelaskan keadaan yg saya sedang alami?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Saya dapati anda mengalami masalah discaj jernih yang keluar dari puting anda.
Untuk makluman pihak anda, discaj yang keluar dari puting boleh jadi suatu perkara yang biasa atau berpenyakit. Warna cecair tidak selalunya membantu untuk menentukan keseriusan masalah tersebut. Akan tetapi, berikut adalah situasi dimana discaj dari puting dikira patologi. Antaranya:
yang berdarah,
- Discaj beserta darah
- Discaj hanya keluar dari salah satu puting sahaja
- Discaj yang keluar tanpa stimulasi seperti memegang, iritasi atau dipicit
Annda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan lanjut. Hal ini kerana, sukar untuk saya memberi kesimpulan hanya dengan maklumat yang anda berikan. Banyak lagi maklumat lain serta pemeriksaan harus dilakukan.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana terdapat kemungkinan anda mengalami masalah yang lebih serius. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.