
qasyahbella
5 tahun
Payudara ngilu belah kiri bahagian bawah
assalammualaikum sy intan berumur 25 skrg sy alami ngilu payudara belah kiri bahagian bawah… apakah tanda nye itu ye… memudaratkan ke tidak atau terus rujuk pada doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkaitan dengan masalah anda, ia mungkin berpunca dari pelbagai perkara. Antaranya:
- Ketidakseimbangan hormon disebabkan oleh haid. Selalunya wanita akan merasa payudara nyilu atau sakit sebelum haid.
- Kecederaan pada payudara
- Payudara yang besar juga akan mengalami kesakitan jika salah memilih pakaian dalam
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.