missayu636
6 tahun
Payudara sakit apabila disentuh
Sy brumor 27tahun. Payudara dan puting sakit apabila disentuh tp tiada benjolan pada payudara. Keliling tapak kaki juga sakit. Sy tidak pernah mengalami nya sebelum ini. Adakah ini petanda awal kehamilan? Period sy pada 14hb 7. Kalau mengikut kiraan.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa tanda kehamilan iaitu:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar
- Sembelit
Anda juga boleh cuba melakukan ujian upt dirumah. Jika terdapat gejala lain seperti demam atau keluar ceacir dari puting, segeralah berjumpa doktor.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, anda boleh terus berjumpa doktor atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.
































