
endahzulikha
4 tahun
Payudara sakit apabila ditekan
Saya wanita berumur 29 tahun dan belum berkahwin. Dua hari kebelakangan, saya ade terasa sakit yang mencucuk jika menekan payudara bahagian kiri berdekatan ketiak. Tapi tidak pula saya terasa ada apa-apa benjolan pada bahagian yang tersebut. Adakah ia salah satu tanda kanser payudara atau adakah apa-apa sebab yang menjadikan ianya sakit?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pembengkakan payudara akibat:
- Terlalu banyak susu ibu
- Saluran susu ibu yang tersumbat
- Jangkitan pada saluran payudara (mastitis)
- Sakit akibat kulit atau otot dada tercedera
- Payudara juga menjadi lebih sensitif dan sakit apabila hampir datang haid atau pada peringkat awal kehamilan
- Mastalgia (noncyclical)
- Costochondritis iaitu akibat keradangan tulang rusuk
- Mastitis iaitu keradangan payudara
- Inflammatory breast cancer
- Breast abscess iaitu pembentukan nanah dalam payudara
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.