
sitihawashahril
5 tahun
Payudara sakit kembali
Pada ramadhan yg lepas sy telah menjalani pemeriksaan payudara dgn seorang doktor pakar. Doktor mengesahkan sy ada duct ectasia. Doktor memberikan ubat antibiotik amoxycillin utk dimakan selama 7 hari.
Selepas tempoh itu sakit ini semakin kurang dan hilang. Namun minggu lepas sebelum period sakit ini menyerang kembali. Makan ubat tahan sakit pn tak memberi kesan yg maksimum.
Sy difahamkan oleh doktor yg jika rawatan gunakan ubat tak berkesan sy disyorkan menjalani pembedahan.
Soalan sy adakah perlu utk sy dibedah? Ada tak rawatan yg lain tanpa pembedahan? Jikalau tiada jalan lain adakah pembedahan ini mengambil masa lama utk sembuh dan apa kesan sampingannya?
Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Pastinya doktor yang merawat anda lebih arif tentang permasalahan anda kerana beliau mempunyai maklumat lengkap tentang masalah anda. Secara amnya, ‘duct ectasia’ berkait rapat dengan proses penuaan.
Terdapat petua dan juga rawatan bagi permasalahan ini. Petua-petua tersebut adalah:
- Tuam dengan beg air panas( ‘warm compression’) pada kawasan yang sakit
- Gunakan pad dan pelindung payudara (‘breast pad’) jika sebarang cecair keluar dari puting
- Berhenti atau jauhkan diri dari aktiviti merokok dan asap rokok
Rawatan pula melibatkan penggunaan ubat tahan sakit dan antibiotik atau pembedahan. Berkaitan pembedahan, anda disarankan berbincang dengan doktor yang akan melakukannya kerana lain doktor mungkin menggunakan teknik pembedahan yang berbeza.
Anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi berbincang selanjutnya atau klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan kami secara percuma. Terima kasih.