Sulit
4 tahun
Payudara sakit mencucuk dan pedih
Assalamualaikum doktor. Saya berumur 26 tahun dan baru melahirkan anak pertama dan sedang berpantang hari ke-28. Saya nak tanya kenapa ye payudara saya terasa sakit mencucuk dan terasa pedih walaupun bukan waktu tengah menyusu? Sakit tu macam tak hilang. Pada minggu awal kelahiran, saya terkena bengkak susu dan puting melecet dan alhamdulillah sudah pun pulih. Tapi masuk je minggu ke-3 kelahiran, payudara saya terasa pedih walaupun terkena kain baju tetapi tidak ada luka atau pun bengkak susu. Ketika menyusu tidak terasa sakit sangat tetapi bila habis menyusukan anak, sakit pedih tu kekal sampai sekarang. Kenapa ye doktor? Terima kasih.
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Untuk pengetahuan anda, sakit payudara, ianya boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Jangkitan payudara ( mastitis )
- Breast cyst
- Fibroadenoma payudara
- Perubahan fibrocystic payudara
- Fat necrosis
- Lipoma
- Sebaceous cyst
Sila jumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala di bawah:
- Demam
- Terdapat darah atau nanah keluar daripada puting
- Kawasan payurada bengkak
- Kemerahan di kawasan payudara
- Gangguan aktiviti harian dan tidur
Maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga .

































