Sulit
5 tahun
Payudara sakit(seperti bengkak susu)
Saya ibu berusia 33thn dan mempunyai anak berusia 3thn,anak saya berhenti menyusu ibu pada usia 2,6tahun(6 bulan lepas),sdh 3 hari payudara seblah kanan terasa sakit,hari ini saya pijit seblah kanan payudara dan keluar cairan seperti susu,yg bahagian kiri pun sama tapi agak cair/jernih,sebelum ni anak saya hanya mahu menyusu payudara seblah kiri saja,kanan dia tak mau hisap,selepas saya pijit dan keluar cairan yg agak pekat seperti susu rasa sakit sudah beransur kurang
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian:
- Jangkitan buah dada (mastitis)
- Pemakaian pakaian dalam yang ketat ataupun kain yang kasar terhadap kulit anda
- Rekahan puting (nipple fissure)
- Kanser payudara
Walaupun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengenai keadaan yang anda sedang hadapi. Cecair yang keluar selepas dipicit itu berkemungkinan nanah dan perkara ini perlu diberikan perhatian.
Kami sarankan agar anda berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan supaya rawatan dapat diberikan.
Sila berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami tanda-tanda berikut:
- Demam
- Payudara semakin sakit dan bengkak
- Terdapat nanah atau darah yang keluar daripada puting anda
- Hilang selera makan dan turun berat badan
- Lesu
- Sakit sehingga mengganggu aktiviti harian
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untik sesi konsultasi secara peribadi bersama dengan doktor kami di atas talian. Terima kasih.

































