
Sulit
3 tahun
Payudara sebelah kanan rasa ngilu2
Saya perempuan umur 20 tahun…sudah berkawin punya anak seorang…umur 1 tahun…apakah normal payudara sebelah kanan sakit ngilu2…anak sya masih minum susu badan.tp sebelah kiri saja. Sebelah kanan dia tidak mau hisap…sebab puting tiada mulut.dlu ada rasa ngilu macam ni tapi jarang…lepastu payudara belah kanan keras tp tidak lh keras sangat…tidak macam sebelah kiri lembut…tidak keras…apakah itu normal atu ada problem doktor…??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sindrom premenstrual
- normal bagi segelintir wanita untuk mengalami gejala ini terutama sewaktu haid
- jangkitan kuman pada payu dara
- bengkak susu
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.