
Sulit
4 tahun
Pedih bila nak buang air besar .rasa macam luka di dubur saya
Hai dr sy berumur 26 tahun . Sejak bulan lepas sy mengalami pedih bila nak buang air besar.kadang2 gatal di dubur saya . Dua tiga harini sya rasa pedih di dubur sewaktu sy duduk.lama .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- buasir
- anal fistula
- anal fissure
- radang pada rectum (proctitis)
Tetapi dalam kes anda, kemungkinan besar anda menghadapi buasir dan pada jangka masa lama sekiranya tidak dirawat mungkin akan menyebabkan luka pada anus kerana simptom lebih jelas apabila anda sedang membuang air besar. Anda harus meneruskan plan diet tinggi fiber untuk melembutkan najis anda.
Terdapat pelbagai pilihan rawatan untuk haemorrhoids (buasir) bergantung pada tahapnya (stage), Antara pilihan rawatan adalah banding dan unutk tahap yang teruk ia memerlukan pembedahan.
Untuk menjawab kemusykilan yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.