
Sulit
3 tahun
Pedih di kemaluan semasa kencing, sentiasa rasa mahu kencing walaupun tiada air kencing dan ada cairan berwarna putih seperti nanah pada kemaluan
lelaki 38thn, saya merasa pedih di kemaluan setiap kali kencing dan melihat cairan berwarna putih pd kemaluan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah pedih semasa membuang air kecil diikuti dengan cecair berwarna putih dan perasaan ingin membuang air kencing secara kerap. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah anda boleh berpunca daripada beberapa perkara seperti :
- Jangkitan kuman pada sistem saluran air kencing atau buah pinggang
- Masalah kencing kotor
- Masalah prostat (Benign Prostatic Hyperplasia)
- Ketumbuhan pada sistem urinari
Keterangan yang diberikan oleh anda tidak mencukupi untuk kami membentuk sesebuah diagnosis. Oleh itu, kami mencadangkan anda untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya ia dapat ditangani.
Anda boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor kami untuk nasihat lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Dapatkan nasihat mengenai masalah buah pinggang daripada doktor pakar buah pinggang (Nephrologist).