Sulit
3 tahun
Pedih pada kemaluan dan semasa kencing
Saya mengalami pedih pada kemaluan dan ketika hendak kencing.Ia berlaku 30 minit atau 1 jam. Ia jarang berlaku. Dalam sehari kekadang sakit ini tak berlaku. Bahagian perut saya juga berasa sakit bila sakit tekan.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami pedih pada kemaluan dan sakit perut apabila ditekan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kencing pedih boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
Yang sebaiknya anda lakukan adalah mendapatkan rujukan doktor supaya dapat dilakukan pemeriksaan yang sesuai, ujian yang terkait serta rawatan yang tepat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut seperti sampel cecair adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.