Sulit
5 tahun
Pedih perut di bahagian tengah perut dan rasa berpeluh
saye lelaki 23 tahun mengalami sakit perut pedih di bahagian tengah perut …semalam selepas minum jus kurma terus perut rasa pedih sampai tidak boleh tidur …dapat tidur pun ayam ayam …pagi tkdi dah okey tapi petang dia muncul kembali …rasa peluh tahan sakit dia …ape dia penyebab dia doktor adekah berbahaya
5 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangnan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit perut seperti dicucuk dibahagian tengah perut. Untuk makluman anda, masalah sakit perut boleh disebabkan oleh beberapa kondisi kesihatan, antaranya ialah:
- Irritable bowel syndrome
- Inflammatory bowel disease
- Gastrik adalah disebabkan oleh kelebihan acid di dalam perut.
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Stomach ulcer
- Keracunan makanan – keracunan makanan adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang tercemar.
Anda dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan pemakanan seimbang, dan teratur serta mengurangkan pengambilan makanan bergoreng.
Untuk mengetahui rawatan yang tepat bagi mengatasi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Maklumat jelas dan pemeriksaan yang teliti adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Justeru, jika masalah ini semakin berlarutan dan mengganggu aktiviti anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan adalah keterangan am mengenai masalah anda. Terima kasih





























