
Sulit
4 tahun
Pedih + sakit ketika kencing berterusan
Selamat petang dr…sya remaja perempuan berumur 16tahun…sebelum ini saya disahkan mmpunyai jangkitan salur kencing pada bulan julay…sya juga dibagi ubat tahan sakit sahaja…bbrpa bulan itu sya tidak mengalami sakit dan pedih ketika kencing…ttpi pada bulan 10 sya mengalami on/off sehingga sekarang…sya juga minum ubat paracetamol unutk mengurangkam sakit tetapi tetap sama…adakah sya mengalami penyakit lain ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya sakit ketika kencing, antaranya ialah:
• Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
• Batu karang
• Saluran kencing tersumbat
• STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
• “benign prostatic hyperplasia” (BPH) adalah penyebab utama kencing pedih dan terhalang bagi lelaki yang berusia
Menurut kenyataan sejarah kesihatan anda, recurrent infection ataupun jangkitan berulang pada saluran kencing boleh berlaku selepas sembuh, namun begitu ini hanyalah keterangan am. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah