
Sulit
3 tahun
Pedih Ulu Hati Selepas Vaksin Covid Dose-2
Hi Doctor,
Ibu saya baru sahaja dapat vaksin covid dose-2 pada 29/7. Baru-baru ini ibu saya cuba berpuasa, dan dia mengadu sakit pedih ulu hati. Soalan saya, adalah ini salah satu kesan sampingan selepas divaksin? Dan adakah ia mendatangkan bahaya kepada kesihatan ibu saya?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda khuatir dengan kesan sampingan vaksin Covid-19 terhadap ibu anda.
Simptom-simptom yang dialami seseorang daripada vaksin Covid-19 berbeza dan kebiasaannya akan reda dalam beberapa hari.
Namun demikian,terdapat beberapa simptom bahaya yang perlu diambil berat.
- Sakit kepala yang teruk dan berlarutan
- pengsan atau sawan
- Sakit pada bahagian perut yang teruk dan berlarutan
- Sakit dada yang berlarutan
- Kaki bengkak
- Sesak nafas yang teruk dan berpanjangan
Sila rujuk kepada doktor atau ke hospital segera jika mengalami gejala ini.
Sakit pada ulu hati boleh disebabkan oleh beberapa perkara dan anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor jikalau masalah ini berlarutan.
Kami harap jawapan ini membantu.
Anda juga boleh mendapat nasihat doktor melalui konsultasi atas talian kami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini