
Sulit
4 tahun
Pejabat Adik ada kes covid dan disuruh bekerja di rumah sementara waktu
Saya telah buat tiket penerbangan pergi Penang esok, tetapi pejabat adik ada kes covid. Walaupun keputusannya adalah negatif, saya cuba file refund bagi tiket itu, akan tetapi syarikat pernebangan, AA kata tiada masalah bagi saya meneruskan perjalanan tersebut jika keputusan adik saya adalah negatif. Harap mohon nasihat ke atas kes ini. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi anda terutama ketika ia melibatkan anda dan ahli keluarga anda pada musim pandemik ini. Kami kurang jelas dengan kenyataan anda dan memerlukan maklumat lanjut mengenainya. Untuk pengetahuan anda, adalah lebih baik untuk anda dan adik anda membuat kuarantin kendiri walaupun keputusan ujian adalah negatif. Sekiranya urusan tersebut tidak dapat dielakkan, sila ambil langkah penjagaan diri dan sanitasi yang betul semasa berada di luar.
Ini hanyalah keterangan kami secara am, anda masih perlu menghubungi pihak berkaitan seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai situasi anda.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Jika anda mempunyai soalan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara langsung di atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini