
Sulit
4 tahun
Pelik betul perangai saya ni sejak kecik
Pagi doc,saya nak tanya pasal diri saya. Saya ni kalau takut,memang penakut betul.sampai rasa nak muntah²(kadang keluar isi kadang x).dari kecik lagi saya mcm ni.Satu lagi bila saya marah,dada ni rasa mcm ketat sikit tapi xsakit.cuma rasa mcm xselesa bernafas(bernafas ttp boleh cuma xselesa mcm biasa).kena rilek dulu. Tp bila jadi mcm tu mulalah saya xde selera makan.rasa asyik nak p klinik je hari².risau kata hati saya.takut ade terjadi ape2 penyakit serius.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi sejak kecil, Secara umum, terdapat beberapa faktor berlakunya masalah sedemikian, antaranya:
- Tekanan (depressi)
- Keresahan (anxiety)
- Masalah personaliti
- kurang rehat/tidur
Bagi mengurangkan masalah ini dan tidak membiarkan ianya berlarutan, saya mengesyorkan anda untuk mengambil langkah langkah berikut:
- Luangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
- Luahkan masalah dengan orang yang tersayang
- Amalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang
- Pastikan mendapat pekerjaan yang kurang tekanan emosi dan masa
- Dapatkan sokongan dan nasihat daripada pakar kaunseling
- Cukupkan rehat dan waktu tidur
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dimana penerangan lanjut, diagnosis serta rawatan boleh diberikan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah ini. Terima kasih.