
Anonymous
5 tahun
Peluang untuk hamil no 2 PCOS
Salam Dokter, saya berusia 28 tahun dan baru melahirkan bayi berapa bulan yang lepas. Saya disahkan PCOS sebulan sebelum saya disahkan hamil iaitu pada tahun lepas. Untuk pengetahuan dokter saya hamil secara natural tanpa pengambilan ubat2. Sebab dokter yang buat pemeriksaan kat saya dulu suggest untuk saya hamil secara semula jadi memandangkan saya baru sahaja berkahwin. Saya buat pemeriksaan dulu sbb haid saya selalu lambat paling lama 62 hari xdatang haid… Persoalan saya sekarang.
- Apakah kaedah merancang yang sesuai untuk PCOS?
- Apakah peluang untuk saya hamil nombor 2 secara natural?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak puan, persoalan yang puan ajukan adalah sepsifik dan kurang sesuai dibincangkan melalui platform ini. Sebelum cadangan dan nasihat boleh diberikan, maklumat lanjut tentang puan dan latar belakang penyakit puan haruslah diketahui.
Oleh itu, puan disarankan untuk berbincang dan mendapatkan nasihat tentang perkara ini dengan doktor pakar sakit puan atau bercakap dengan kami secara atas talian untuk konsultasi secara peribadi.Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.