
Sulit
5 tahun
Peluang untuk hamil selepas period
saya wanita berusia 25 tahun. untk pengetahuan, kali terakhir saya bersama suami adalah sehari sebelum datang haid pada bulan lepas. apa yg ingin saya tahu sekarang adakah saya boleh hamil sekiranya suami memasuki air maninya kedalam tubuh saya sehari sebelum period? untuk bulan ini juga saya belum datang haid, dan sudah melebihi waktu yg sepatutnya.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, peluang untuk anda hamil itu rendah, namun tetap ada dan tidak mustahil. Jika bulan lepas juga anda tidak datang bulan( iaitu setelah bersama), maka kebarangkaliannya adalah lebih tinggi.
Anda boleh terus ke klinik untuk pengesahan, atau lakukan ujian upt sendiri di rumah.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.