
Sulit
5 tahun
Pemakaian PPE bagi ERT di tempat kerja untuk mengendalikan pekerja yang disahkan positif COVID-19 ketika di pejabat
Salam Sejahtera Dr.
Berdasarkan garis panduan yang diberikan oleh DOSH, saya ada sedikit kekeliruan yang ingin ditanyakan kepada Dr.
ERT perlu memakai PPE yang lengkap untuk mengendalikan pekerja yang disahkan positif COVID-19 ketika di pejabat?
ERT perlu memakai surgical mask atau N-95 mask?
ERT perlu memakai footcover/ boot cover dan protective head cover atau kedua-duanya sekali?
ERT perlu memakai disposable fluid resistant apron, jumpsuit/ protective coverall, plastic gowns and other PPE atau mereka boleh memakai salah satu daripada tiga pakaian ini?
Diharapakan Dr dapat memberikan pandangan mengenai soalan saya ini.
Sekian, terima kasih.

5 tahun
Terima kasih atas soalan berikut
Untuk pengetahuan anda, emergency Response Team perlu untuk mengenakan pemakaian PPE yang lengkap ketika mengendalikan pesakit yang positif jangkitan COVID-19. Pemakain topeng muka N-95 lebih digalakkan berbanding topeng muka bedah. Kesemua ERT hendaklah memakai boot serta head cover.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/ Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini