
maestro_azy
5 tahun
Pembantu Rumah baru pulang dari Indonesia. Adakah beliau perlu diperiksa kerana risiko terdedah kepada virus
Saya mempunyai pembantu rumah dari indonesia yg telah pulang ke kampung halamannya di Jawa Barat Indonesia selama seminggu kerana ibunya baru meninggal. Dia pergi dan pulang melalui flight dari KLIA.
Dia bakal pulang ke Malaysia pada hari Selasa ini. Saya tinggal bersama datuk dan nenek yg berusia lebih 80 tahun.
Soalan saya, sekiranya pembantu rumah saya tidak mengalami apa2 simptom, perlukah saya kuarantin dia di rumah lain selama 14 hari? Kerana saya risau dia terkena virus tersebut.
Sekiranya dia asymptomatic, saya risaukan datuk dan nenek yg mungkin akan mengalami kesan yg lebih teruk sekiranya dia bawa sebarang infection.
Harap boleh memberikan pandangan. Lokasi saya di negeri kelantan. Terima kasih.

5 tahun
Salam Sejahtera.
Terima kasih mengajukan soalan anda. Saya faham mengenai kebimbangan anda mengenai risiko jangkitan COVID-19 pembantu rumah anda setelah balik dari Indonesia baru- baru ini.
Pembantu rumah anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini dia akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Untuk pengetahuan anda, kami menyediakan alatan pemeriksaan COVID-19 yang mana boleh dilakukan sendiri di rumah, sila klik pada link ini : Kit pemeriksaan COVID-19 .
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini