
Sulit
4 tahun
Pembedahan buah pinggang untuk pasang beg kencing
Hi, baru2 ibu saya pergi telah di beri tahu oleh doktor buah pinggang ibu saya bengkak, ibu saya adala bekas pesakit kanser rahim, pnh mjlni rawatn radioterapi, kesan dari radioterapi, doktr berithu buah pinggng bgkak, punca buah pinggng bgkak sbb saluran kencing ibu saya sempit, jadi doktor sarankan untuk buat pembdehan bt saluran kncg ke beg kencg, dan doktr berthu utk selama2nya, jika tidk buat doktr ckp mgkin buah pinggang ibu sya akn rosak, adakah ibu ptt buat pmbedhn tu dn ada jaminan buah pinggang ibu sya xkn rosak dan xkn bt dialisis dan sbgainya,atau ada cara yg lebih elok slain dr operation, contoh jg pmknn dll.terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Namun begitu, sukar bagi pihak kami untuk memberikan pandangan dalam hal ini tanpa maklumat yang lengkap tentang kesihatan ibu anda. Beberapa keputusan juga diperlukan untuk mendapatkan kesimpulan dalam hal ini. Saya sarankan anda untuk menghubungi dan bertanyakan dahulu kepada doktor ibu anda untuk mendapatkan maklumat yang lengkap tentang rawatan ibu anda kerana doktor ibu anda lebih memahami kondisi ibu anda.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.