
Sulit
4 tahun
Pembedahan buang cyst
Saya umur 20 tahun… Saya baru buat pembedahan buang cyst… Besar cyst tu 24 cm… Doktor saya nak tanya berapa bulan kena pantang ais lepas buat pembedahan buang cyst nie?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Namun begitu saya kurang pasti dengan persoalan anda dalam hal ini. Secara amnya, penjagaan selepas pembedahan pembuangan cyst adalah seperti berikut:
- Menutup luka pembedahan dengan pembalut yang kering. Tukar pembalut mengikut arahan yang ditetapkan
- Jika gauze telah dimasukkan ke dalam luka pembedahan, kemungkinan anda perlu berjumpa denga doktor anda semula untuk membuang gauze tersebut
- Jika diberikan antibiotik, anda digalakkan untuk menghabiskan antibiotik walaupun jika luka anda kelihatan sudah pulih
- Gunakan krim antibiotik mengikut arahan jika diberikan
- Ambil pil tahan sakit jika diberikan oleh doktor
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.