Sulit
3 tahun
Pembedahan tempurung kepala kerana excident dan mengalami pendarahan beku dalam kepala
Salam doc… saya baru sahaja mengalami kemalangan jalan raya… dan mengalami pendarahan dalam kokepala… selepas 1 bulan operate … saya perasan tempurung kepala saya makin hari makin jatuh… saya runsing … dan saya ingin bertanya adakah tempurung saya akan makin jatuh dan kekal macam nie?.. Dan kenapa tempurung saya boleh jatuh?? Adakah saya boleh dapat bentuk asal saya balik?adakah dye Akan kekal
3 tahun
Terima kasih atas soalan tersebut,
Untuk pengetahuan anda, tempurung kepala akan bercantum semula dan sembuh dalam jangaka masa 2 hinggalah 8 minggu selepas pembedahan. Jika tempurung kepala anda kelihatan jatuh ataupun berada pada posisi yang tidak sepatutnya, anda hendaklah berjumpa dengan doktor dengan kadar segera terutamanya jika anda mengalami simptom atau pun gejala berikut:
- Pening kepala berlarutan
- Muntah
- Pitam
- Bengkak atau pendarahan pada tempat bedah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.