Sulit
5 tahun
Pembedahan waktu haid
bolehkah pembedahan gastricbypass dilakukan sewaktu sedang haid?
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, sebelum pembedahan dilakukan, doktor pakar bius akan memeriksa anda samaada anda layak untuk menjalani pembedahan ataupun tidak. Jika haid anda banyak dan sehingga menyebabkan anda anemia ataupun kurang darah, doktor akan memastikan anda stabil terlebih dahulu sebelum pembedahan dilakukan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
































