
adianawahid
6 tahun
Pembengkak lymph node & sakit hidung
Hi doc, sy wanita 20’an, 2 hari lepas hidung saya sakit dan masih lagi sakit ke hari ni. Kalau tekan sakit, perit. Mungkin ada luka sy tak pasti. Sakit hidung ni sampai ke pipi saya. Dan hari ni sy perasan bawah dagu berdekatan leher saya ada ketulan. Saya syak lymph sy bengkak. Tp saya risau bengkak ni disebabkan penyakit lain. Sy nk tanya doc, kalau hidung sakit mmg lymph node bahagian bawah dagu sebelah hidung yg sakit tu akan bengkak ke? saya baru discharge dari hsptal pakar tk rawatan susulan allegic sinus dan on budenisonide nasal spray & loratadine pills (makan bila perlu).

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, sinusitis atau resdung adalah masalah yang berlaku apabila rongga hidung mengjadi bengkak dan tersumbat akibat jangkitan kuman atau tidak balas dinding hidung apabila terdedah kepada bahan yang menyebabkan alergi atau partikel berbahaya seperti habuk dan asap.
Seseorang yang menghadapi masalah sinusitis ini akan mengalami simtom seperti:
- Sakit dan bengkak pada kawasan pipi, mata dan dahi
- Hidung tersumbat
- Kurang atau hilang deria bau
- Keluar lendir berwarna hijau atau kuning
- Sakit kepala yang dikenali sebagai sinus headache
- Demam
- Sakit gigi
- Nafas berbau
Di dalam tubuh manusia terdapat banyak noda limfa atau lymph nodes ini di serata tubuh badan. Oleh itu, sakit hidung yang dialami oleh anda boleh menyebabkan pembengkakan kelenjar limfe.
Oleh itu, anda perlu mengambil serius perkara ini dengan merujuk kepada doktor agar punca sakit hidung anda ini dapat diketahui dan dirawat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi konsultasi peribadi.
Jika anda merupakan ahli Peduli Sihat, konsultasi anda dengan doktor kami adalah PERCUMA. Terima kasih.