
Anonymous
6 tahun
Pembuangan air tidak lawas
saya wanita berumur 24 tahun dan telah berkahwin,saya nak tanya mengapakah kencing tidak lawas berlaku? apakah kesan2nya ? dan cara mengatasinya? sebab kencing tidak lawas ni kadang-kadang berlaku pada diri saya…sekian terima kasih

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini berlakuAntaranya :
Jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang
Masalah batu karang
Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kecing, atau struktur sekitarnya.
Cara cara untuk mengatasinya adalah bergantung kepada penyebabnya:
Jangkitan air kencing biasanya dirawat dengan ubat antibiotik
Perbanyakkan minum air
Elakkan daripada menahan untuk mebuang air kecil
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.