Sulit
4 tahun
Penafasan saya tidak teratur
Saya wanita dalam 20an 2 hari lepas saya baru selesai ambik vaccin 2dose sampai harini penafasan saya tidak teratur dia kejap okay kejap tak boleh saya tahu kenapa doctor
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami bahawa selepas suntikan vaksin kedua anda mengalami pernafasan yang menganggu.
Kami akan cuba membantu.
Untuk pengetahuan anda,kesan sampingan Vaksin Covid-19 berbeza mengikut individu.
Perubahan kepada pernafasan banyak dilaporkan selepas vaksin Covid-19.
Namun kesan sampingan ini akan pulih dengan masa.
JIka ini berlarutan anda disarankan untuk mendapat nasihat doktor berdekatan.
Terdapat beberapa simptom bahaya yang perlu diambil berat.
- Sakit kepala yang teruk dan berlarutan
- pengsan atau sawan
- Sakit pada bahagian perut yang teruk dan berlarutan
- Sakit dada yang berlarutan
- Kaki bengkak
- Sesak nafas yang teruk dan berpanjangan
Sila rujuk kepada doktor atau ke hospital segera jika mengalami gejala ini.
Kami harap jawapan ini membantu.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

























