
Sulit
3 tahun
Penangguhan pengambilan vaksin Sinovac untuk dos kedua selama 6 minggu atas alasan bekerja di luar pesisir pantai (offshore crew)
Saya telah mengambil vaksin Sinovac dos pertama pada 24 Jun 2021, jika saya menangguhkan pengambilan dos kedua selama 42hari atas alasan bekerja di luar persisir pantai (offshore), apakah penangguhan itu memberi kesan terhadap tubuh saya? Bolehkah saya mengambil vaksin dos kedua tanpa perlu mengulangi dos pertama selepas 42hari? Selama manakah saya boleh menangguhkan pengambilan vaksin dos kedua selepas pengambilan dos pertama? Mohon pencerahan terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih di atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kerisauan anda mengenai kesan penangguhan vaksin.
Untuk makluman anda, jika vaksin tidak diambil pada waktu yang ditetapkan, keberkesannya tidak akan sempurna malah tidak tercapai objektif untuk melawan daripada jangkitan.
Mengenai penangguhan, kami sarankan anda menghubungi pihak JKJAV untuk mengatur semula tarikh suntikan anda dan anda perlu menyatakan kepada mereka anda masalah yang sedang anda hadapi.
Talian JKJAV:
Telefon: 1-800-88-8828
Emel: info@vaksincovid.gov.my
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini