
Sulit
3 tahun
Penat dan berdebar - debar
Sy perempuan umur 17 thun,
Setiap hari dan setiap masa selalu penat,dan heart always 115 hingga 125 bpm
Keadaan ni selal buatkan sy gelisah,rasa penat,tidak bertenaga,
Dan bahagian bawah dada kadang terasa senak dan seperti dicucuk-cucuk.
Saya juga selalu sakit pinggang,nak duduk tegak rasa macam nafas terasa pendek dan tidak selesa nak bernafas.
Adakah degupan jantung yg laju ini ada kaitan dgn masalah kesihatan?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Senaman berat
- Kafein
- Nikotin daripada produk tembakau seperti rokok dan cerut
- Tekanan
- Kebimbangan
- Ketakutan
- Panik
- Dehidrasi
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.