Sulit
3 tahun
Penat walaupun jantung normal
doctor, kenapa saya rasa penat walaupun degupan jantung saya normal 80 per minit. rasa penat ini akan datang dan pergi, kenapa ya ?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Gejala penat yang anda alami walaupun jantung berdegup dengan normal adalah perkara yang biasa untuk seseorang alami.
Namun begitu, gejala lemah badan atau (fatigue) yang anda alami juga boleh disebabkan oleh masalah lain seperti:
- Jangkitan bakteria atau virus lain
- Cuaca panas
- Kurang rehat
- Stress keterlaluan
- Kurang tidur
- Kurang darah merah
- Kecelaruan emosi
Pada pendapat dari pihak kami, terdapat beberapa cara yang boleh membantu anda untuk menghadapai gangguan emosi yang anda tengah hadapi iaitu:
- Hadiri sesi kaunseling mengenai masalah ini
- Kerapkan berhubung dengan rakan-rakan melalui talian dan luahkan perasaan anda bagi mengurangkan perasaan beban.
- Kelilingi diri dengan rakan-rakan serta kenalan yang memahami dan yang memberi sokongan terhadap anda.
- Amalkan senaman yang seimbang. Jika anda mempunyai halangan untuk keluar, anda boleh lakukan senaman dalam rumah untuk meningkatkan keyakinan diri.
- Tontonilah tayang video yang bermotivasi dan memberi semangat serta keyakinan kepada anda dalam segala kegelisahan yang berlaku ketika ini.
- Pastikan anda mendapatkan tidur dan rehat secukupnya.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami ingin nasihatkan anda untuk sentiasa bersemangat, dan selalu ingat orang sekeliling yang tersayang yang boleh memberikan kebahagiaan kepada anda walaupun sementara.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.