
Sulit
3 tahun
Penat yang sangat terlampau
Hye doctor
Saya remaja prmpuan berumur 17 thun,
Saya perasan sya telah mngalami penat yang sngat sangat trlmapau sejak bulan lepas.
Sy student,bljar guna medium online,
Tapi tak pernah focus on class
Hari² selalu penat dan makin parah dan ketara penat nya skarang,sehinggakan nak buka mata pon tak boleh,tangan tidak bermaya,badan lngsung tidak bermaya,nak pegang phone pon boleh terjatuh, seolah-olah sy bru mengangkat benda yg sngat berat,saya hanya mahu tidur sepanjang hari tanpa diganggu,malam saya ada several problems utk tidur,kadang tidur lengkap 7 8 jam sehari,kadang tdur pukul 12 / 1 pgi
Sering berasa susah utk bernafas,sesak nafas, tercungap-cungap, pendek nafas,badan berasa panas,pagi petang malam mmg panas,tak demam,cuma terasa panasnya,nak² di kaki
Pagi ² kadang bermotivasi nak buat kerjadan belajar…tetapi turned out to be very bad…
Adakah ia bahaya…?
Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Stress
- Masalah psikiatrik
- Kesan sampingan sesetengah ubat
- Penyakit kelenjar tiroid
- Myasthenia gravis
- Penyakit pada saraf
perkara atas biasanya menyebabkan gejala yang serupa sekali dan amat sukar untuk dikenal pasti tanpa perincian.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Perubatan.