
Sulit
4 tahun
Pencernaan tidak teratur
Salam sejahtera doc,
saya mula rasa bimbang.
Makanan yang saya makan seperti tauge, cendawan, kurma dan serat sayuran lain ianya tidak hancur ketika membuang najis. Apakah punca dan sebab ianya berlaku.
Adakah kerana gigi saya tidak cukup dan tidak sempurna mengunyah makanan yang saya makan.
Atau ada masalah gejala yang lain.
Minta doc bagi penjelasan. Tq

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kebiasaannya makanan seperti sayur-sayuran yang berada dalam najis bukan lah perkara yang dibimbangkan. Namun, makanan yang boleh dilihat bersama najis boleh menjadi petanda bahawa makanan melalui sistem pencernaan terlalu laju dan tidak dihadam dengan sempurna. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor jika anda mempunyai gejala seperti:
- Cirit birit yang berpanjangan
- Kehilangan berat badan
- Darah pada najis
Gejala yang anda alami juga boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Penyakit celiac
- Penyakit Crohn
- Masalah pankreas
- Sindrom iritasi usus
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.