
Anonymous
5 tahun
Pendarahan banyak minggu kelima hamil
Hai Doktor. Saya wanita berusia 35 tahun. Anak pertama saya berusia 5 tahun. Tarikh hari pertama saya datang haid adalah pada 13 June 2019. Saya telah membuat UPT sebanyak 3 kali pada minggu lalu dan keputusannya adalah positif. Akan tetapi, pada hari Selasa bahagian perut saya terasa sakit seperti “cramp” pada waktu malam. Pada hari Rabu, terdapat setompok darah berwarna pink keluar dari vagina saya. Kelmarin hari Khamis, terdapat darah berwarna coklat keluar dari vagina saya dalam quantity sedikit. Saya telah melakukan pemeriksaan di klinik swasta kelmarin pagi, doctor telah melakukan scan dan doktor tidak dpt melihat apa2 di ultrasound. Hari ini, selepas saya bangun dari tidur, saya mendapati terlalu banyak darah keluar dan ia seakan darah haid. Terdapat ketulan2 merah pekat dan saya merasa bahagian bawah perut saya sangat sakit dan pening kepala.
Soalan saya ialah:
- Adakah saya mengalami keguguran?
- Perlukah saya berjumpa denga doktor untuk membersihkan dalaman rahim saya?
- Perlukah saya menjalani proses berpantang?
- Bolehkah saya meneruskan kerja harian saya seperti biasa?
Terima kasih doktor atas perhatian dari pihak doktor.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, terdapat banyak kemungkinan disini, keputusan upt positif tidak semestinya disebabkan hamil, bleh juga disebabkan oleh kehamilan luar rahim, tumor yang merembeskan hCG dan sebagainya. Boleh juga perkara ini disebabkan oleh keguguran.
Anda digalakkan untuk terus berjumpa doktor pakar sakit puan untuk konsultasi lanjut dan sebagainya atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.