
Sulit
3 tahun
Pendarahan berterusan darj usia kehamilan 4 minggu sehingga skrg 6 minggu dan kantung masih kosong. Sepanjang kehamilan sdah 5 kalj saya scan sebab ada pendarahan. Doktor mengatakan kantung normal cuma kosong
Hai sy berusia 34 thun g3p1+1. Skrg sy da hamil 6w6d…sejak dari usia kehamilan saya 4 minggu sya selalh mengalami pendarah…tidak banyak…hanya spotting coklat bercamput lendir. Kadang2 ada fresh blood juga. Kantung pula memang masih kosonb sejak pertama sya scan. Namin doctot mengatakan kantung sya trk seperti kantung yg mengalami keguguran dan membesar seiring usia kandungan…adakab sya benar2 mengalam missed miscarrage doktor?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda sedang hamil minggu ke-6 dan mendapat tahu bahawa kantung bayi anda kosong. Anda juga memaklumkan bahawa anda mengalami pendarahan semasa minggu keempat kehamilan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kantung kosong boleh disebabkan oleh perkara-perkara yang berikut :
- Keguguran
- Kehamilan ektopik (luar rahim)
- Masalah ‘chromosome’ bayi
Kami tidak memberikan kepastian mengenai masalah anda tanpa maklumat tambahan dan laporan usg anda. Kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor pakar ibu dan anak supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.