
Sulit
5 tahun
Pendarahan dan awal kehamilan
Saya berumur 28tahun. Hampir 3 tahun mendirikan rumah tangga menanti kehadiran zuriat. Last period saya yang normal pada 14/6/19-19/6/2019(6hari) 37 hari kitaran… Pada 21/7/2019 saya mengalami pendarahan yang sedikit seperti lendir darah apabila saya buang air kecil. Pendarahan ini berlarutan sehingga 31/7/2019 (11 hari)Dalam tempoh ini saya mengalami sakit di bahagian bawah perot seperti senggugut. Saya hanya anggap ni adalah period biasa… Tetapi Selang 4 hari free dari pendarahan… Saya mengalami pendarahan semula pada 5/8/2019 - 8/8/2019 (pendarahan yang sama seperti lendir darah sahaja) Saya tidak mengalami sakit atau apa2…
Saya mulai risau dan hairan sy telah buat ujian UPT dan keputusannya adalah positif… Adakah ini normal pendarahan awal kehamilan atau pon sy mengalami keguguran tanpa sedar?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk membezakan darah haid dan pendarahan awal kehamilan, beberapa cara boleh digunakan seperti:
- Pendarahan awal implantasi selalunya berwarna coklat manakala darah haid merah terang atau gelap
- Pendarahan awal implantasi boleh diperiksa dengan ujian UPT yang akan menunjukkan keputusan postitif manakala darah haid tidak
- Gejala awal kehamilan juga pada umumnya sedikit berbeza iaitu wanita akan selalu akan merasa perut membesar serta berasa lebih mual berbanding ketika kedatangan haid
- Pendarahan kehamilan dan haid selalunya berdurasi tidak lama dan agak sukar untuk membezakan hanya berdasarkan durasi pendarahan sahaja
Sekiranya perkara ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.