
Sulit
5 tahun
Pendarahan dari faraj
saya wanita yg berumur 28tahun sudah berkahwin. pada 5hb 10 2019, saya telah mengelami sedikit pendarahan dr faraj tp dengan potion yang sikit cth ( waktu pagi dia keluar sikit sahaja dan dia stop tak keluar smpai ke esok kan hari nya, dan tiba malam berlaku lagi sekali dgn kluar yg sikit shja , dan keesokannya pun sama, lepas pada itu dah tak berlaku dah, darah dia keluar bewarna merah terang, dan tak brbau hamis sangat dan pada hari ini 22/10/19 pada pukul 8 malam mcmtu sy mengelami period jugak , saya keliru pada awal 5hb itu , itu period normal atau tidak ? normal kah period berlaku dua kali pd 1 bulan . simtom2 saya sbelum mengelami pendarahan ni seperti pening mual , muntah2 , last saya period bulan 10/8/19

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Normal untuk segelintir wanita mengalami haid dua kali dalam sebulan dan faktornya berpunca daripada masalah diatas.
Bagi masalah pening mual dan muntah-muntah, gejala ini boleh berkaitan atau berbeza. Antara sebab gejala tersebut:
- Vertigo
- Migraine
- Kandungan gula rendah dalam darah.
- Kehamilan
Walaubagaimanapun, wanita hamil juga boleh mendapat gejala ‘spotting’ yang boleh dikatakan seperti haid tetapi lebih sedikit. jika anda mengesyaki anda hamil, anda disarankan untuk menggunakan Ujian Kehamilan.
Sila klik pada link di bawah untuk mengetahui cara menggunakan Ujian kehamilan dengan tepat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.